ISLAM ITU INDAH , UJIAN ITU BERAT




         "Allah tidak memberati seseorang melainkan [dengan itu dalam] kapasitinya "
         2:286



                     okey, admit it saya dah lama tak post dalam blog .. alhamdulillah ku masih bernyawa , masih bisa menulis , masih bisa bermacam2 .. saya nak awak , awak  pernah tak merasai ujian ini diberi ALLAH itu berat bagi kamu?? ...
okey saya beri contoh ujian yang berat ialah " SOLAT " .. YA SOLAT memang salah satu ujian yang paling berat bagi orang yang selemah kita , bukan sebab kita sudah selalu lakukannya tapi beratnya untuk kita laksanakannya terutamanya ketika jadual waktu belajar memang tidak bersesuaian atau waktu berkerja kita tak ada masa nak tunaikan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH.. saya takut diri kita end up become a human who will dream only to catch success worldly life by not remembering anything who give you the succeed?



    okey balik pada topic...


   Beratnya sebuah ujian itu pabila kita cuba memikul berat itu tapi kita tak mampu buat kali kedua mahupun ketiga ..
jangan disebabkan kali pertama mengangkat okey tapi bila kali kedua terus hampeh!
dulu bukan main kata "eleh, aku pikul pemberat 10kg je taw ni setakat 5kg aku tak main la bro " tapi bila disuruh angkat "10kg pemberat" terus "adush penat sungguh" haih masa tula kawan/teman/len2 kata pada awak " haih , ko ni biar betul dulu kata main 10kg dari 5kg ape kes bro?"



   kita hidup di dunia memang bersifat lemah tapi tak bermakna kita lemah selamanya jika berlatih mengangkat berat  , awak kalau nak berjaya dalam kehidupan berusahalah berlatih mengangkat pemberat dan jangan sesekali lupa pada ALLAH ketika awak berusaha melaksanakan ujiannya



UJIAN yang diberi ALLAH bukan untuk menguji sama ada awak hebat atau tak hebat juga bukan pandai dan tidak pandai cara menghadapi ujian tapi tentang betapa sabarnya awak dan betapa istiqomahnya awak menghadapi ujian yang diberi ALLAH dengan senantiasa mengingatinya dan sentiasa memohon  pertolongannya darinya untuk membantu awak sentiasa bersabar dan berkhusno dzhon ( sangka baik)



Segala ujian yang diberi ALLAH pasti ada "HIKMAHNYA" jadi bersabarlah menghadapi dugaan kerna disebalik dugaan ada kebahagiaan yang awak tak pernah merasai , tapi awak berimpian perkara itu berlaku.
.
Janji ALLAH pada hambanya pasti tercapai cuma belum tibamasanya untuk dicapati janji,
jadi janganlah merasa menyesal pada ALLAH bila awak meminta sesuatu pada ALLAH
.
Contoh " saya berharap dapat menikahi wanita yang saya cintai" tidak diberi sepantas sebaik saja habis meminta .
.
Kerna ALLAH nak awak sedarkan diri dulu " adakah saya mampu untuk bernikah? " dan " betapa cintanya saya pada si dia adakah kerna Allah atau kerna nafsu??? "
.
ALLAH tidak akan beri terus apa yang awak mohon akan dapat terus tidak , ALLAH akan menguji diri awak kerna nak melihat betapa serius diri mu mengejarkan sesuatu setelah berdoa.
.

 ALLAH tidak mencipta awak saje-saje tapi ALLAH mencipta awak untuk  menjadi KHALIFAH DI MUKA BUMI ..
.
.
biarlah orang kata awak " penting diri sendiri walaupun awak berusaha menuju ALLAH" , biarlah orang tidak sukai asalkan ALLAH suka akan cara awak berusaha mencari keredhaan dan menjaga hubungan sesama kawan dan sahabat serta keluarga.


COMES ON ,WAKE UP AND BE STRONG AGAINST THIS WORLDLY LIFE TEST THAT ALLAH GIVE TO US !!

BITTAUFIQ WAN NAJJAH

ASSALAMMUALAIKUM..







Comments

Popular posts from this blog

pesanan imam ghazali kepada muridnya

Pokok Epal

Hadis Rasulullah S.A.W Mengenai Menyuruh Anak menyertai 3 AKTIVITI