pesanan imam ghazali kepada muridnya




PESANAN IMAM GHAZALI 
kredit : https://ibrah.hafism.com/pesanan-imam-al-ghazali-tentang-6-perkara/


.
.




         Sudahkah kamu sedia untuk hadapi mati kalau belum..Sedarlah,bukan harta benda kita yang akan kita bawak ke dalam alam seterusnya,tetapi amalan kita..
.
.
sudahkah kamu memikirkan dosa-dosa kita yang belum diampun lagi oleh ALLAH yang masih banyak lagi,jangan memain tau..
.
.
Amalan yang kita bawak adalah amalan yang kita pernah buat sepanjang kita hidup didunia,apabila amalan itu cuma perkara yang dosa mampukah kamu untuk jawab soalan munkar dan nankir nanti??
.
.
Tentu tidak,jadi perbanyakkanlah amalan yang mendatangkan faedah dan pahala dan siap sedia la untuk menghadapi mati,jangan fikir mati itu cuma di usia tua..
.
.
Sebenarnya di usia remaja juga boleh mati..Di saat kita akan dicabut nyawa oleh sakaratul maut kita tidak akan diberi peluang untuk memohon dihidup semula dan bertaubat pada ALLAH..gunakanlah masa hidupmu ini untuk beribadah dan peroleh pahala ..
.
.
Beribadah bukan sekadar solat dan baca quran sahaja , ada macam-macam 😗

               

       Perkara yang lepas hanyalah tinggal kenangan,setiap detik waktu yang berlalu kita kian merindu...Pejam celik pejam celik,masa kian berlalu ..pemikiran semakin lama semakin matang..
.
Perangai semakin lama semakin ubah..kenangan dikenang , Pernah ke korang memikirkan betapa banyak dosa korang pernah buat sepanjang korang hidup
.
Pernah korang  memohon ampun daripada Allah akan dosa yang korang pernah buat  diatas muka bumi ni?? Jadikanlah perkara yang lepas sebagai pengajaran untuk kita tidak ulang lagi sekali pada masa akan datang,ubah perangai dengan mengambil pengajaran dari perkara yang lepas..





   Nafsu adalah sesuatu ¥ang buat kita sentiasa ikut je..contohnya makan dan minum,kita makan ikut perut..apabila perut kosong kita penuhi dengan makanan,apabila tekak dahaga kita curahkan dengan air..
.
Apabila makan ikut nafsu kita sentiasa akan tambah,tambah dan tambah sampai ulang-ulang kali sehingga kita tidak mampu untuk memakan lagi sampai perut pun kembung.
.
Dan kahwin juga ada kaitan dengan nafsu ianya dipanggil "kahwin ikut nafsu" , kahwin ikut nafsu ini adalah perkara yång sentiasa ada di dalam kalangan manusia ni.
.
Perkara ni berlaku apabila seseorang lelaki ingin sangat kahwin dengan wanita itu sebab Nafsu yang lagho
.
.
Nafsu ini tidak harus kita ikut ,tapi harus dibawah kawalan kita..






Tanggungjawab(Amanah)  adalah amat berat sekali untuk kita pikul..Antara tanggungjawabnya ialah lelaki sebagai suami terhadap isteri dan bapak terhadap anak dengan memberi tempat perlindungan,
.
.
Makanan  untuk diberi setiap hari,setiap masa..
.
.
 Tanggungjawab kita sebagai Guru terhadap anak muridnya memberi ilmu yang berguna,mengajar cara mendapat akhlak yang mantap,dan sebagainya
.
.
Tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH iaitu melaksanakan suruhannya
.
Mengguna nikmat diberi sebaik-baiknya dan sebagainya
.
Tanggungjawab itu semua susah sekali untuk kita pikul kerana kita akan merasa letih dan tidak daya 
.
Bersabarlah 
" there is always a rainbow after rain"



                 Kebanyakkannya ramai manusia yang islam ini tinggalkan solat kerana dengan alasannya yang tidak munasabah seperti "tidak larat untuk bangun/malas/buang masa"
.
 Habis ?? main bola dekat padang penat ke tak penat korang terus je bermain..malas nak buat suruhan ibu tapi buat je apabila ibu marah tak buat
.
.
Korang buang masa dengan berfacebook berjam-jam boleh pulak..tapi masa solat beri alasan macam-macam, malaslah ,penatlah
.
.
Solat ini hanyalah sekejap tak sampai sejam dua jam atau 50 minit,tetapi ambik masa 5-6 minit sahaja
bukan lama pun
.
.
Ingatlah solat itu adalah perkara yang pertama sekali akan ditanya masa di alam seterusnya..



Kata-kata yang keluar dari mulut kita mampu buat kehidupan seseorang tertekan dengan percakapan kita kepada orang lain tentang keburukan dia,
.
.
Apabila memarahi orang kita kadang-kadang akan tersasul percakapan dengan mengatakan "bodoh,bahalol,bengong"
.
.
walaupun orang itu hanya buat kesalahan yang kecil..Lidah ini apabila tersasul percakapan boleh membawa maut kepada diri kita(gaduh)...
.
.
Jadi jaga percakapan..jangan sentiasa EGO..pandai-pandai bercakap semasa bergaul bersama orang disekeliling hakta orang dikenali atau tidak dikenali

Assalammualaikum

Comments

Popular posts from this blog

Pokok Epal

Hadis Rasulullah S.A.W Mengenai Menyuruh Anak menyertai 3 AKTIVITI